Selasa, 10 November 2009

Antara Helpers dan Pemimpin

Salam Pengakap....
Hurmmm....macamana yer
Aku yang membesar dalam kem-kem Pengakap ni kadang kadang rasa pelik...Apa yang aku nak cerita ni aku rasa kekawan pun pernah alami...
Dari jadi peserta...kemudian 'helpers'(Pembantu Perkhemahan la )...kemudian jadi Pemimpin...semua aku dah buat...tapi yang aku nak cerita kat sini tentang tanggapan pemimpin-pemimpin Pengakap ( Cikgu-cikgu sekolah ) pada aku. Walaupun aku dah habis sekolah...dah pergi Kursus Manikayu...tapi cikgu-cikgu yang ada masih anggap aku 'Helpers'...walaupun ada cikgu yang baru mula join Pengakap...join kem...tapi cikgu tu dianggap sebagai pemimpin pulak...aku Pelik...Aku tak dibenarkan buat tugas tugas pemimpin...aku kena buat tugas 'helpers'... cari kayu la...kawal tapak kem la...jaga peserta la...dan macam macam lagi...KENAPA? Apa bezanya aku ni dengan cikgu yang baru join kem?????
Hurmmm....
Secara Umumnya...Aku dapat rasa...standard aku ni ( Lepasan sekolah ) berbanding dengan CIKGU lepasan Maktab...lain...sangat LAIN...Cikgu sesama cikgu berbanding dengan cikgu bersama dengan orang bukan cikgu...LAIN...Ni la kenyataan yang perlu aku terima...walaupun aku rasa ilmu pengakap aku lebih tinggi dari cikgu pengakap yang baru join kem tu...tapi aku macam tak dihargai...Aku tekad...takpe la buat masa ni aku terima saja la tanggapan ni...Aku janji pada diri aku...Aku nak jadi somebody...nak jadi someone yang Pemimpin-Pemimpin Pengakap boleh terima...Aku nak ubah tanggapan ini bukan untuk diri aku sorang...tapi untuk semua Pemimpin Pengakap yang bukan dari kalangan CIKGU...
Apa yang aku ceritakan ni...bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan Pemimpin dari kalangan Cikgu...Tapi...inilah KENYATAAN yang aku rasa sendiri dan sehingga kini masih ada SEGELINTIR KECIL dari kalangan cikgu Pengakap yang bersikap macam ni...Tanggapan bahawa Pemimpin Pengakap hanyalah dari kalangan Cikgu perlulah diubah mulai sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan