Sabtu, 12 Disember 2009

I'M BACK

Salam Pengakap...
pekabar kekawan...
Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera...
Rasanya dah hampir satu bulan aku tak menulis...hurmm..
Kesibukan dengan tugas buat aku lupa seketika tentang blog nih...hehehe...bukannya apa...maklumlah dah penghujung tahun...banyak keje yg kene aku settlekan...
Sekarang hampir jam 2.30 pagi...13 Disember 2009...malam minggu...Aku dari tadi cuba lelapkan mata...tak lelap-lelap jugak...Bila dah tak lelap ni...mula la tangan mengatal melayar laman laman web Pengakap...Bagusnya...Banyak perkembangan dan maklumat terkini yang dapat aku perolehi.
Perkembangan dan maklumat? hurmmm...macam-macam...Yang baik tu...kira bagus la...yang tak baik pulak...aduhhhhhh...Aku rasa Pengakap Malaysia ni dah tak macam dulu...Rasa macam dah tak sehaluan...Konflik sana...konflik sini...Kenapa boleh jadi macam ni?
Kekawan tengok je lah kat sini...nak cerita pun susah
Sumber dari Laman Web Rasmi...Persekutuan Pengakap Malaysia...
Aku rasa malu....malu yang amat sangat bila ruangan arkib pesanan ini seolah-olah jadi medan pertempuran...Pada pandangan peribadi aku...Perbezaan pendapat sepatutnya dibicarakan secara matang..bersesuaian dengan kematangan PPM sebagai Persatuan tertua di Malaysia...Selesaikan lah segala ketidakpuashatian...kekeliruan dan senketa secara profesional
Ingat lah...Laman web Rasmi PPM bukan sahaja boleh dilayari oleh Ahli Pengakap...tetapi boleh dilayari oleh semua orang dari serata dunia...
Hurmmm...sekian nukilan dari aku
Selamat malam semua...semoga dibuai mimpi-mimpi indah